Wednesday 22 October 2014

[KELAS #1] KELAS PENGENDALIAN MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM...


Uolls seorang peniaga? Bekerja di kedai makan/restoran/kafe/bakeri? Tapi masih belum mengikuti Kelas Pengendalian Makanan? Rilekss.. ni admin nak kabar ke deme semua. Jumaat ini yakni 24 Oktober 2014, anda boleh sama-sama mengikuti Kelas Pengendalian Makanan yang akan diadakan di Tasnem Bakery. Kelas ini akan di 'handle' oleh En Razak yang merupakan pegawai yang sering mengadakan kursus seperti ini.

Kenapa kena datang kelas ni? Sonong yo jawapannya. Sebab anda akan MENGENDALIKAN dan MENYEDIAKAN makanan kepada PELANGGAN bukan? Jadi, anda WAJIB TAHU bagaimana untuk MENGENDALIKAN makanan dengan betul dan KESELAMATAN semasa menyediakan makanan.

Kebaikan setelah anda semua hadir ke kelas ini:

  • Anda akan mendapat sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Anda dapat meningkatkan kefahaman anda dalam mengendalikan makanan baik dari segi kebersihan dan keselamatan
  • Anda dapat mengenalpasti etika yang sangat penting khusus dalam mengendalikan makanan di premis anda.

Masih sempat lagi kalau nak mendaftar. Oh ya, lupa admin nak bagitahu butir-butir kelas.

Tarikh : 24 Oktober 2014
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sarapan pagi disediakan)
Tempat : Tasnem Bakery

Yuran : RM70.

Sesiapa yang nak mendaftar, boleh hubungi/sms/whatsapp ke 019-7267579 atau komen di ruangan komen ini. Yang dekat area Kulai, boleh direct datang ke Tasnem Bakery untuk pendaftaran.



Memo mengenai Kelas Pengendalian yang akan diadakan


Iklan di Page Tasnem Bakery



Salam takzim,

Admin

No comments:

Post a Comment